Saima Mohsin wanita Muslim pertama jadi Peguam Negara AS

MICHIGAN: Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan sejarah apabila seorang wanita berketurunan Amerika-Pakistan bakal menjadi wanita Muslim pertama menjawat jawatan sebagai Peguam AS di negara itu.

Menurut laporan akhbar terbesar di Michigan, The Detroit Free Press, Saima Mohsin, 52, menggantikan Matthew Schneider di daerah Detroit, Michigan, dan bakal memulakan tugasnya pada 2 Februari hadapan.

Mengikut Perlembagaan AS, Peguam Negara juga merupakan ketua penguatkuasaan undang-undang Persekutuan di kawasan mereka, dan turut terlibat dalam proses litigasi yang membabitkan Kerajaan Amerika Syarikat.

Presiden mempunyai kuasa untuk melantik Peguam AS di setiap 94 kawasan daerah Persekutuan Amerika Syarikat.

Schneider, yang telah berkhidmat selama tiga tahun di Michigan, selain mengumumkan persaraannya pada Khamis, turut memberitahu media bahawa Mohsin, yang ketika ini penolong pertama Peguam AS untuk daerah timur Michigan, akan menggantikannya.

Lahir di Pakistan, Mohsin telah menjadi Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih dari sedekad, dan mula berkhidmat di Pejabat Peguam AS sejak 2002.

“Sebagai seorang Muslim yang datang dari benua Asia, beliau akan membawa kepelbagaian dalam posisi yang cukup penting, iaiatu Ketua Penguat Kuasa Persekutuan di bahagian timur negeri ini,” menurut akhbar itu lagi.

Pelantikan Mohsin bagaimanapun perlu disahkan Dewan Senat AS sebelum boleh menjawat jawatan itu secara kekal.-Awani

Leave a Reply