Kerajaan jangan harapkan keputusan yang berbeza jika pendekatan masih sama – Najib Razak

Semalam, kerajaan kata PKP separuh masak yang bermula pada 12 Januari tidak akan diperketatkan.

Malah, PKP tidak akan disambung pada 4 Februari selepas berjalan 23 hari supaya Tahun Baru Cina boleh disambut dengan harapan bahawa kes Covid baru setiap hari akan stabil pada paras 3,000 kes sehari pada hari itu sebelum menurun kepada angka 2 digit dengan perlaksanaan PKPB.

Selepas PKP berakhir, mereka akan balik kepada perlaksanaan PKPB pula.

Selangor, KL, Putrajaya, Sabah dan beberapa negeri lain sudah berada dalam PKPB sejak bulan Oktober lalu – iaitu lebih 3 bulan sebelum ianya diperakui telah gagal sehingga kita terpaksa melaksanakan darurat dan PKP pada bulan Januari.

Dengan itu, persoalan yang perlu ditanya adalah:

1. Jika kita hentikan PKP dan melaksanakan semula PKPB yang terbukti telah gagal sebelum ini, adakah kita akan menghadapi PKP 3.0 sekali lagi pada masa depan?

Kenapa nak ulang benda yang telah gagal memandangkan kerajaan menyasar 70% penduduk Malaysia hanya akan menerima vaksin pada akhir tahun 2021?

Adakah banyak lagi sektor-sektor selain sektor pembinaan dan pembuatan seperti pelancongan, pendidikan swasta, pengangkutan swasta (seperti bas sekolah), sukan, ekspo, runcit dan sebaingya yang melibatkan jutaan rakyat tidak akan terkesan jika PKPB dilaksanakan secara berpanjangan.

2. Adakah PKPB yang telah terbukti gagal mampu menurunkan jumlah kes baru melebihi 3,000 kes sehari sekarang kepada angka dua digit seperti dirancang kerajaan?

3. Adakah ianya jauh lebih elok untuk kita buat PKP yang seketat-ketatnya tanpa kelonggaran kepada sektor-sektor pembinaan dan kilang-kilang untuk tempoh 2 hingga 4 minggu dengan bantuan kerajaan seperti PKP pertama tahun lepas untuk memberi kesan yang paling maksima terhadap penularan Covid tempatan agar Rakyat tidak perlu menghadapi PKPB yang berterusan serta risiko PKP 3.0 akhirnya akan terpaksa dilaksanakan pada bulan-bulan mendatang?

Bukan ke pengorbanan untuk seketika jauh lebih baik berbanding mudarat yang berpanjangan?

Orang putih kata “Short term pain, long-term gain”.

Sumber: FB Najib Razak

KKM akan kemuka ‘pilihan’ bagi bantu PM putuskan tempoh PKP

Related Articles

One Comment

  1. Macam bulan 12 tahun lepas, bila sudah diberikan kelonggaran, berduyun2 orang balik kampung, negeri Johor sebelum itu kes Covid rendah, sekarang dah sama macam negeri Sabah. Kalau TBC ini, mungking jumlah kes 4,000 ke atas boleh terjadi kalau PKP dimansuhkan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker