Tetap ‘pelihara’ hubungan dengan Israel – Pentadbiran Biden

Sebaran :

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan bekerjasama rapat dengan Israel yang merupakan sekutu kuat Washington berhubung isu keselamatan dan membangunkan perjanjian damai kontroversi dengan rejim Tel Aviv yang dicapai di bawah kepimpinan pendahulunya, Donald Trump.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Jake Sullivan menghubungi rakan sejawatannya di Israel, Meir Ben Shabbat pada Sabtu.

“Mereka berbincang tentang peluang untuk meningkatkan kerjasama untuk tempoh beberapa bulan akan datang dan meneruskan perjanjian menormalkan hubungan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi.

“Beliau turut mencadangkan untuk memulakan dialog strategik dalam waktu terdekat,” jelas sumber di Rumah Putih.

Minggu lalu, Setiausaha Negara, Antony Blinken menyatakan beliau dan pentadbiran Biden juga tidak akan mengubah beberapa dasar luar Trump termasuk tetap menganggap Baitulmaqdis sebagai ‘ibu negara’ Israel serta komited untuk terus mengekalkan penempatan Kedutaan AS di Kota Lama tersebut walaupun dibantah Palestin. – Agensi


Sebaran :

Leave a Reply