Akta Pertubuhan tak larang bekas ahli Umno cabar ROS – Peguam

Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa undang-undang yang melarang urusan parti politik dibawa ke mahkamah tidak terpakai dalam kes 15 bekas ahli Umno yang mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana membenarkan penangguhan pemilihan parti itu.

Panel lima hakim mendengar hujah peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan tidak melarang bekas-bekas ahli Umno itu untuk meneruskan permohonan semakan kehakiman terhadap ROS.

Haniff yang mewakili mereka semasa perbicaraan dalam talian yang dijalankan melalui aplikasi Zoom hari ini berpendapat tindakan undang-undang yang diambil anak guamnya bahkan tidak mensasarkan keputusan yang dibuat oleh Umno.



Seksyen 18C menyatakan bahawa keputusan parti politik adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula, dibatalkan atau dipersolkan di mahkamah atas apa-apa alasan.

Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman oleh 16 bekas ahli Umno tersebut terhadap RoS.Semakan itu adalah untuk meminta RoS membatalkan keputusannya pada bulan Mac 2018 bagi membolehkan Umno melanjutkan pemilihan partinya sehingga April 2019, untuk menyiasat aduan yang dibuat dan menjawabnya, serta pembubaran parti itu.

 



 

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan adalah terpakai di mana ahli tidak boleh membawa masalah parti ke mahkamah.

Mahkamah Rayuan kemudian mengekalkan keputusan berkenaan, menyebabkan 16 bekas ahli Umno itu mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Semasa prosiding hari ini di hadapan panel hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Haniff berhujah mahkamah sesyen terkhilaf kerana tindakan undang-undang yang diambil oleh bekas ahli Umno itu hanya menyasarkan keputusan ROS dan bukan keputusan Umno.



Peguam yang mewakili RoS yang juga peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan berpendapat bahawa semakan kehakiman itu adalah ‘helah’ untuk mengelakkan Seksyen 18C dan mencabar keputusan Umno.

Sementara itu, peguam Umno, Mohd Hafarizam Harun turut sependapat dengan Shamsul dengan mengatakan tindakan yang diambil oleh bekas ahli Umno tersebut bersifat akademik.

Ini kerana katanya, Umno telah mengadakan pemilihan parti pada 30 Jun 2018, beberapa bulan setelah Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman tersebut.

Dr M tak akan cabar keputusan PPBM kerana tiada kesan, kata Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker