Wanita India kecewa dengan MB Kedah – Vigneswari Babuji

Imej parti Pas dalam kalangan masyarakat India di negara sedikit sebanyak ‘tercalar’ berikutan keputusan dan kenyataan tidak popular oleh Ketua Menteri Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Antaranya insiden perobohan kuil Muniswarar dan terbaru pembatalan cuti umum Thaipusam.

Menurut Timbalan Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Vickeswari Babuji, tindak tanduk Muhammad Sanusi banyak memberi impak dan persepsi negatif terhadap Pas.

E2EB5AD4-56C6-4A14-AA19-629EDD79E475

“Keputusan serta kenyataan serta jawapan ‘mengejutkan’ daripada seseorang yang bergelar Ketua Menteri mengejutkan bukan sahaja masyarakat India sebaliknya keseluruhannya.

“Ini bukanlah masa bertelagah lagi-lagi ketika kita semua sedang dihimpit pandemik, boleh pula MB begitu fokus dalam bertelagah tanpa langsung berfikir apakah tindak tanduk beliau mampu mengguris perasaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Vigneswari, ramai wanita Hindu juga seluruh negara melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan tindakan Menteri Besar Kedah itu.

Tambah beliau, walaupun upacara Thaipusam tidak dibenarkan diadakan di kuil namun ia tetap disambut di rumah.

“Kami juga tetap berpuasa, bersembahyang sama seperti membayar nazar kepada Dewa Muruga, tidak ada apa-apa perbezaan jadi mengapa cuti yang selama ini menjadi amalan seperti sengaja dibatalkan? Itu yang kami tidak faham,” katanya dalam kenyataan.

 

Sebelum ini Muhammad Sanusi mengumumkan pembatalan cuti umum Thaipusam di Kedah pada tahun ini kerana semua aktiviti perayaan tersebut dibatalkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Vigneswari yang mengimbau kembali hubungan antara Pas berkata: “Ketika itu saya ingat ramai juga yang menentang kerjasama itu, pelbagai tohmahan serta cakap-cakap tentangnya namun Tan Sri Vigneswaran cukup komited lagi-lagi apabila adanya jaminan positif dari Datuk Seri Hadi yang menjanjikan  layanan sama rata.

Namun, tambah beliau, apa yang berlaku kini berbeza berikutan tindakan Menteri Besar itu. – MG

Leave a Reply