Polis siasat pesakit Covid-19 ingkar kuarantin, bebas keluar rumah

SHAH ALAM – Polis sedang menyiasat kes tular seorang pesakit yang mendakwa dirinya keluar ke tempat umum walaupun disahkan positif Covid-19.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima satu laporan polis oleh seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya sahkan kita ada terima satu laporan yang dibuat seorang doktor.

“Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 12 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Terdahulu, satu hantaran di Facebook baru-baru ini yang dipercayai dimuat naik seorang lelaki memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan saringan di sebuah klinik di Pandan Perdana, Ampang pada 20 Januari lalu.

Belakangkan Keputusan Parti : Parti Setuju Jawatankuasa Disiplin Siasat – Zahid

Lelaki itu bagaimanapun mendakwa dia tidak dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat selepas tiga hari disahkan positif.

Dalam nada marah, lelaki itu memberitahu sepanjang tempoh berkenaan, dia bebas keluar rumah termasuk membeli makanan dan membeli-belah, sekali gus menyebarkan virus terbabit kepada orang ramai.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen amat tidak bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan kerana boleh merisikokan individu lain terutama golongan tua serta anak kecil.

SPRM Sahkan Tuduh Zahid Dahulu Siasatan Lengkap Kemudian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker