Kes Covid-19 dikesan, Pasar Borong Pandan tutup seminggu

JOHOR BAHRU – Pasar Borong Pandan dekat Kangkar Tebrau di sini ditutup selama tujuh hari bermula Ahad hingga 31 Januari depan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan selepas terdapat kes positif Covid-19 di pasar berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu ketika dihubungi Bernama mengesahkan penutupan berkenaan dan memaklumkan bahawa notis perintah tutup premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada pagi Ahad.

Beliau berkata, pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.



“Apabila sempurna kerja-kerja sanitasi disahkan oleh KKM, pasar berkenaan sudah boleh dibuka,” katanya di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru, Tai Wah Sun berkata, pemilik, peniaga ikan dan sayuran termasuk pekerja dan pemandu lori di Pasar Borong Pandan telah mengambil inisiatif menjalani ujian saringan kesihatan dan kuarantin kendiri di rumah setelah mengetahui terdapat kes positif di kawasan mereka berniaga.

Katanya, meskipun notis penutupan pasar itu dikeluarkan pagi Ahad, namun kebanyakan warga pasar terbabit sudah menjalani ujian saringan beberapa hari sebelumnya sebagai tindakan awal pencegahan penularan Covid-19. – Bernama

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker