Jangan buat PKP ‘setengah masak’, henti dulu sektor pembinaan – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulangi gesaan terhadap keperluan untuk menghentikan operasi sektor pembuatan dan pembinaan ketika ini pandemik Covid-19.

Jelas beliau, kini sudah terbukti bahawa sektor berkenaan merupakan penyumpang terbesar terhadap peningkatan kes Covid-19.

“Dari awal PKP lagi kita dah kata. Sektor-sektor yang menyumbang bahagian terbesar kes Covid gelombang ke-3 sehingga PKP 2.0 dan darurat terpaksa dilaksanakan ialah sektor pembuatan dan pembinaan.



“Tapi sektor yang dibenarkan terus beroperasi dalam PKP 2.0 juga adalah sektor pembuatan dan pembinaan.

“Di mana logiknya jika matlamat PKP benar-benar adalah untuk mengawal Covid?” soalnya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan berita tentang kebimbangan yang disuarakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkenaan peningkatan kluster yang melibatkan tempat kerja semenjak kebelakangan ini.



Mengulas lanjut Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, sepatutnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 kali ini dilaksanakan secara ketat tanpa memberi kelonggaran kepada mana-mana sektor selama dua minggu demi keberkesanaan pelaksanaan yang bertujuan mengawal penularan Covid-19.

“Sebab itu, buatlah PKP 2.0 yang paling ketat tanpa kelonggaran untuk dua minggu. Jangan buat PKP setengah masak yang sudah pasti akan dilanjut berkali-kali,” tambahnya.

 

Sejak 6 sehingga 22 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 350 kluster baharu dan 225 atau 64.3 peratus daripadanya berkaitan tempat kerja.-MG



Yang cetus Covid, kilang dan projek pembinaan besar, Yang disuruh duduk diam-diam peniaga kecil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker