Pakai atau tidak pakai langsung! – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR: Sikap sambil lewa masyarakat terhadap kaedah pakai pelitup muka dengan cara yang betul berupaya mencetuskan penularan jangkitan COVID-19.
Menerusi laman sosial Facebook dan Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka dengan cara yang betul.
Beliau berkata, sama ada memakai pelitup muka dengan cara yang betul atau menanggalkan ia sepenuhnya.
“Peringatan kepada semua kalau nak pakai pelitup muka, sila pakai dengan cara yang betul atau tidak pakai langsung.
“Janganlah tarik turun pelitup muka sampai ke dagu. Ini pelitup muka bukan pelitup dagu,” katanya.
Pemakaian pelitup muka di dagu akan menyebabkan mulut dan hidung akan dijangkiti virus atau kuman daripada kawasan dagu yang terdedah.
Apabila berhasrat untuk melakukan aktiviti termasuk makan dan minum, orang ramai dinasihatkan menanggalkan pelitup muka sepenuhnya.
“Wanita Akhir Zaman Berpakaian Tapi Telanjang, Sedih Tengok”
You must be logged in to post a comment.