MoF tubuh SPV, ambil alih BNS jadi anak syarikat – Tok Mat

MoF tubuh SPV, ambil alih BNS jadi anak syarikat – Tok Mat

Kementerian Kewangan (MoF) telah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) sebagai anak syarikatnya.

Menteri Pertahanan Mohamad Hasan, berkata bagaimanapun, pelaksanaan projek LCS tetap akan dipantau melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) dipengerusikan bersama ketua setiausaha Perbendaharaan dan ketua setiausaha Kementerian Pertahanan (Mindef).

“Di samping itu, laporan berkala kepada Jemaah Menteri akan disediakan sepertimana syarat-syarat disediakan ketua audit negara dan pelaporan berkala kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya kemajuan projek ini dapat dipantau bersama oleh semua pihak.

“Ini perlu untuk kita memastikan supaya hasrat kita untuk meneruskan pembinaan LCS ini dapat dicapai dan berjaya sepertimana yang dikehendaki oleh tentera laut dan Angkatan Tentera Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Tambahan Keenam antara Mindef dan BNS.

Sebelum ini, pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila PAC mendedahkan tiada seunitpun telah disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion kepada BNS.

Mohamad juga berkata, PAC dialu-alukan untuk memantau kemajuan projek pembinaan kapal berkenaan.

“PAC akan menerima laporan berdasarkan jadual kita, kalau mereka tidak puas hati, mereka boleh tengok dan buat laporan ke Parlimen,” katanya.

Sebelum ini, PAC bercadang mengadakan prosiding baharu berhubung kemajuan pembinaan berkenaan dan prosiding itu akan dimulakan sebaik sahaja pelantikan ahli PAC diluluskan pada mesyuarat kedua sidang Dewan Rakyat, bermula 22 Mei.

Beliau berkata, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) Berkeupayaan LCS bagi tentera laut.

Mohamad berkata, selaras dengan perkembangan itu, Mindef, tentera laut, dan BNS akan bersama memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan projek LCS berjaya disempurnakan.

“Perolehan ini adalah penting dalam meningkatkan keupayaan armada selaras dengan Pelan Transformasi 15 to 5 Tentera Laut bagi memelihara kedaulatan perairan negara,” katanya.

MoF tubuh SPV, ambil alih BNS jadi anak syarikat – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker