Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Bersalah Tak Mampu Bantu Semua
Sejak semalam, nama pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menjadi perhatian ramai apabila membeli 100 unit tablet untuk diberikan kepada pelajar susah yang memerlukan.
Menerusi perkongsian terbaru, Ustaz Ebit berasa sebak kerana hanya mampu menyediakan sebanyak 100 unit sahaja tetapi dia menerima hampir 43 ribu mesej daripada mereka yang memerlukan tablet untuk anak belajar.
Bukan itu sahaja, Ustaz Ebit turut menerima ribuan permohonan sumbangan keperluan harian seperit kerusi roda dan van jenazah dari pelbagai bangsa, negeri. Ada yang hilang pekerjaan serta golongan kelainan upaya (OKU).
Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit turut memohon maaf kerana tidak dapat memabntu ramai orang serta berharap agar dosanya diampunkan.
Diruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan perkongsian pendakwah itu serta mendoakan agar dimurahkan rezeki supaya dapat membantu mereka yang memerlukan.-RK
You must be logged in to post a comment.