Laksana PKP biar tegas, kata Najib


Bekas perdana menteri Najib Razak mengkritik cara kerajaan menguruskan perintah kawalan pergerakan dengan peraturan sedia ada tidak adil untuk perniagaan tertentu, dengan sesetengah sektor dibenarkan beroperasi walaupun menunjukkan bilangan kes Covid-19 tinggi.

Najib berkata, lokasi pembinaan dan kilang dibenarkan beroperasi walaupun menyumbang kepada lonjakan kes Covid-19 ketika gelombang ketiga pandemik.

Kedai perabot dan barang kemas serta yang menjual barangan mewah juga dibenarkan beroperasi seperti biasa, sebaliknya sekatan dikenakan terhadap kedai makanan menyebabkan banyak perniagaan dalam sektor makanan dan minuman terjejas.

Perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di negeri utama dari 13 hingga 26 Jan dan kemudian dilanjutkan ke semua negeri kecuali Sarawak. Ia kini dilanjutkan sehingga 4 Feb.

“Lebih lama lanjutan MCO 2.0 yang lebih longgar ini, lebih lama jugalah ketakadilan ini berterusan dan lebih sukar untuk sistem kesihatan kita pulih,” kata Najib.

Beliau mengulangi gesaan untuk kerajaan memberikan lebih bantuan kepada mereka yang terjejas supaya peraturan lebih tegas dapat dikuatkuasakan bagi mengekang virus.

“Pengorbanan sementara lebih baik daripada kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan rakyat dan ekonomi. PKP tegas sekarang lebih baik berbanding yang ‘separuh masak’ dan berpanjangan. Tolonglah pertimbangkan perkara ini.” FMT

Biar Guan Eng Bongkar Guan Eng – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker