Bermula Hari Ini, Burger King Malaysia Mahu Beri 5 Unit PlayStation 5 Buat Para Pelanggan

Akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba, Burger King bakal memberikan peluang untuk anda menangi PlayStation 5 (PS5) secara percuma. Bukan 1 tapi 5 unit akan diberikan kepada pemenang yang layak.

Untuk pengetahuan anda, peraduan menangi PS5 ini akan bermula hari ini, 22 Januari 2021 sehingga 25 Februari 2021. Setiap pemenang akan dipilih setiap minggu.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana mahu sertai peraduan ini, bukan? Anda hanya perlu membeli set Pepper King bersaiz besar dan muat naik gambar anda menikmati hidangan tersebut di Facebook atau Instagram.

Jangan lupa sertakan permainan PS5 yang anda inginkan juga di dalam kapsyen gambar anda beserta hashtag #BurgerKingPepperKing. Kemudian, tulis nama penuh dan nombor telefon pada resit dan tangkap gambar. Akhir sekali, muat naik resit dan isikan borang anda di sini. Mudah, bukan?

Tunggu apa lagi? Anda mungkin pemenang bertuah itu. Selamat mencuba!

Leave a Reply