Malaysia negara pertama jamin pinjaman syarikat asing – Najib


Antara yang diumum dalam pakej PERMAI dua hari lalu tetapi kurang mendapat perhatian ialah kerajaan telah memperluaskan skim jaminan kerajaan bagi pinjaman syarikat.

Saya rasa ini pertama kali dalam dunia di mana kerajaan sesebuah negara akan jamin syarikat milik asing untuk meminjam sehingga RM1 bilion setiap syarikat dari bank-bank tempatan – sehingga maksima RM50 bilion.

Ini bermakna jika syarikat asing tidak mampu membayar balik pinjaman maka kerajaan akan tanggung pinjaman tersebut supaya bank-bank tempatan tak mengalami kerugian.



Namun saya percaya bahawa kerajaan akan mengutamakan syarikat-syarikat milik tempatan terutamanya syarikat bumiputera berbanding syarikat milik asing.

Kita perlu elak situasi di mana bank untung, orang asing untung tapi warga tempatan rugi dan akhirnya kerajaan serta Rakyat perlu tanggung wang yang diberi kepada orang asing.

Najib Razak

Mahathir cabar PN dakwa 12 individu LTTE jika ada bukti kukuh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker