Lebih 4,000 set KFC diberi kepada petugas hadapan, pesakit Covid-19
PETALING JAYA: Sebuah syarikat makanan dikenali sebagai Masak-Masak Cek Yana (MMC) menyumbangkan 4,089 set KFC dan 8,178 pek rempah Oden keluaran syarikat itu kepada barisan petugas hadapan dan pesakit Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Pengasasnya Nur Diana Matusin berkata, sumbangan bernilai RM174,600 itu bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dan memberi semangat kepada pesakit Covid-19.
“Tujuan kita adalah untuk berkongsi rezeki dan juga terus memberi semangat kepada pesakit-pesakit yang agak lama dikuarantin di sini dan berjauhan dengan keluarga mereka.
“Sumbangan ini bukanlah kali pertama, sebelum ini (kami) telah memberi sumbangan kepada petugas Covid-19 di Hospital Sungai Buloh,” katanya. Nur Diana berkata, dia juga merancang untuk memberi “bantuan dari segi makanan asas dan apa sahaja yang bersesuaian” kepada keluarga pesakit Covid-19 dan mangsa banjir.