Rakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin, Ahli Bersatu Selamba Ingkar SOP 🤦‍♂️

Rombongan Perdana Menteri dan ahli Bersatu dilihat tidak mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sebagai usaha menangani penularan Covid-19.

Pengabaian prosedur operasi standard (SOP) paling asas itu dikesan berlaku dalam rombongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam.

Warganet mempersoal bagaimana situasi itu boleh berlaku ketika ratusan individu ditahan setiap hari atas kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk tiada penjarakan fizikal.

Semalam contohnya, 74 daripada 590 individu yang ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tiada penjarakan fizikal.

Hantaran berserta foto di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan rombongan yang mengiringi Muhyiddin di MAEPS semalam juga dikatakan telah dipadam.

Pengguna Facebook, Nurul Aisyah Rahman menyoal sama ada KKM mahu menyorok wujudnya situasi pelanggaran SOP.

“Kenapa KKM padam post ini? Sebab kantoi tiada penjarakan fizikal ke? Takkan nak sembunyikan kesalahan.

“Kami rakyat marhaen ni terus kena saman RM1,000 kalau berhimpun ramai ramai macam tu. Tolong Abah jangan double standard,” katanya.

Hantaran KKM bagi gambar ini dikatakan telah dipadam dipercayai ada kaitan dengan kegagalan rombongan PM mematuhi penjarakan fizikal.

‘Kantoi’

Dalam masa sama, Bersatu Bahagian Merbok di Kedah juga ‘kantoi’ dikatakan memadam gambar mereka beramai-ramai tanpa menjaga jarak fizikal.

Walau bagaimanapun, dua gambar yang memaparkan kira-kira 20 individu lelaki dan wanita berdiri tanpa menjaga jarak fizikal itu sempat disimpan warganet.

Bahkan, majoriti daripada mereka tidak memakai pelitup muka sekali gus menguatkan tanggapan warganet bahawa orang politik terutama daripada parti kerajaan ‘kalis’ daripada dikenakan tindakan ingkar SOP.

Gambar ahli Bersatu Bahagian Merbok yang tidak memakai pelitup dan tidak menjaga jarak ini juga telah dipadam.

Satu lagi gambar yang mengabaikan SOP tular membabitkan ahli dipercayai Wanita Bersatu di kaunter pendaftaran keanggotaan parti itu di sekitar Dungun, Terengganu.

Orang ramai berang terhadap individu tersebut yang membiarkan pelitup muka di dagu walaupun berada di lokasi sesak.

Ramai menganggap dia dari parti yang berada dalam kerajaan hilang majoriti Perikatan Nasional (PN) itu mungkin tidak dikenakan tindakan ingkar SOP.

“PKP ke gaung. SOP ke laut. Tak pelik angka Covid-19 bertambah macam buih di pantai.

 

“Teringat adik yang kena saman RM1,000. Hanya kerana pelitup muka diletak bawah dagu, semasa dia mengemas meja makan tempatnya cari rezeki untuk bantu keluarganya,” keluh Fadz Abdullah.

Warganet mendesak individu dengan pelitup muka di dagu ini turut dikompaun sama seperti rakyat marhaen lain.-MD

Kisah Benar: Pakcik Penjual Sayur Terkedu Dikompaun Seribu Sebab Tak Pakai Pelitup Muka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker