24 wanita warga asing menjual ‘Kerang’ musim Covid-19 ditahan

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menahan 24 wanita warga asing dalam serbuan ke atas sebuah hotel yang digunakan sebagai sarang pelacuran di Setapak.

Menerusi kenyataan DBKL, serbuan itu dibuat Jabatan Penguatkuasaan (JPK), DBKL dalam “Operasi Tindakan Khas Aduan Awam”.

“Hasil risikan yang telah dijalankan sebelum ini di lokasi telah membuahkan hasil dengan pembuktian 24 orang wanita warga Vietnam, Thailand dan Indonesia.

“Mereka menjalankan aktiviti pelacuran dengan menggunakan perkhidmatan bilik hotel,” menurut kenyataan itu.

“Tindakan Khas ini diambil di bawah Seksyen 29 Akta Hotel (WPKL) 2003 kerana melanggar syarat umum lesen hotel dengan membenarkan pelanggan-pelanggan yang menginap di premis hotel menjalankan / melakukan kerja berunsurkan pelacuran atau tidak bermoral,”kata DBKL menerusi Facebook.

Selain menahan wanita terbabit dan menyita hotel berkenaan, DBKL juga mengambil tindakan terhadap pemilik hotel atas kesalahan
melanggar syarat lesen.

Kesemua yang ditangkap diserahkan kepada agensi berkenaan untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply