[VIDEO] ‘Raksasa Gorila’ Untuk Lawan Covid-19

TOKYO – Penduduk sebuah kampung di Jepun membina sebuah patung gorila gergasi kerana percaya ia dapat menghalang penularan wabak Covid-19, lapor akhbar Daily Star.

Patung gorila itu dibina di daerah Chikuzen dalam wilayah Fukuoka akhir tahun lalu.

Menurut media tempatan, patung gorila setinggi 7 meter itu diperbuat daripada besi dan je­rami padi. Gorila itu mempunyai sepasang mata berwarna merah yang akan menyala pada waktu malam.

Seorang penduduk kampung itu berkata, patung diberi nama Proud Gorilla 2020 itu dibina dalam tempoh dua bulan bagi membantu mengawal keselamatan kampung.

“Penduduk kampung memilih gorila kerana ia mewakili simbol kekuasaan dan kekuatan dalam memerangi pandemik Covid-19 yang telah berlarutan terlalu lama.

“Patung ini dibina daripada besi sebagai kerangka dan dilapisi jerami padi sebagai bulu haiwan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, selepas siap dibina pada Disember 2020, ia menjadi tarikan umum dengan orang ramai berkumpul di kawasan terbabit sekali gus bertentangan dengan tujuan asal pembinaannya iaitu untuk me­merangai penularan Covid-19.

Patung gorila berkenaan dipercayai menjadi barang pemujaan menggantikan Amabie iaitu makhluk mitos yang digunakan di Jepun untuk menghalang malapetaka daripada berlaku.

Amabie sekali lagi menjadi polular di Jepun tahun lalu apabila pandemik Covid-19 mula melanda negara itu dengan masyarakat mula berkongsi gambar makhluk legenda berkenaan dengan harapan ia membawa tuah serta ­me­ngakhiri wabak terbabit.

Bagaimanapun, makhluk legen­da itu semakin dilupakan apabila tujuh wilayah paling ramai penduduk di Jepun sekali lagi mengisytiharkan darurat selepas kes Covid-19 melonjak sejak beberapa minggu kebelaka­ngan ini. – Agensi

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=k2qLhvrKOpA[/embedyt]

Sumber: Japan Today

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker