Tular Motosikal ‘Terbang’ Atas Peti Surat 😂😂
BALIK PULAU – Kejadian sebuah motosikal diangkat di atas peti surat di Blok Akasia, Bayan Lepas di sini gara-gara menghalang laluan utama penduduk flat berkenaan semalam menjadi tular dalam media sosial sejak malam tadi.
Gambar motosikal jenis Yamaha LC itu tersebar sejurus kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10 malam semalam.
Difahamkan, motosikal berkenaan adalah kepunyaan seorang lelaki warga asing yang dipercayai baru dibelinya pada tahun lalu.
Seorang penduduk flat berhampiran yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 45, berkata, kejadian berlaku dikatakan bukan berpunca daripada sikap pemilik motosikal berkenaan.
Sebaliknya katanya, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila salah seorang pemilik motosikal lain bertindak menolak kenderaan itu di dalam petak kuning semasa mahu mengambil motosikalnya dan tidak mengalihnya semula ditempat asal.
“Telah berlaku salah faham apabila orang awam menyangka pemilik motosikal Yamaha LC itu sengaja meletakkan dengan sesuka hati di dalam petak kuning.
“Bagaimanapun difahamkan, ini bukan kejadian pertama motosikal diletakkan di petak kuning di situ. Sebelum ini, ada juga pemilik motosikal lain melakukan perkara sama.
“Tindakan sedemikian sememangnya boleh mengundang kemarahan penduduk selain menghalang laluan utama mereka terutama apabila berlaku sebarang kecemasan,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.
Kosmo! difahamkan, motosikal tersebut masih berada di atas peti surat berkenaan dan tidak diturunkan pemiliknya biarpun kejadian berlaku 24 jam yang lalu. K! ONLINE
You must be logged in to post a comment.