Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik Boustead dilaporkan telah dijual pada harga RM177.3 juta iaitu 10 peratus lebih rendah dari harga asal.

Hotel yang dijual kepada sebuah syarikat tersenarai di Bursa Singapura, pada asalnya berharga RM197 juta.

Pengerusi Hotel Royal, Pang Eng Fong berkata, persetujuan mengenai harga baru yang disemak semula itu dicapai atas dasar persetujuan bersama antara pembeli dan penjual, selepas rundingan panjang serta “mengambil kira keadaan pasaran dan nilai pasaran hotel itu”.

Memetik FMT, Boustead memberitahu bahawa penjualan itu sebahagian daripada rancangan keseluruhan Kumpulan Boustead untuk mencapai keuntungan dengan menjual aset bukan strategik.

Syarikat itu berkata, Royale Chulan Kuala Lumpur, yang terletak di zon hiburan Bukit Bintang, menghadapi banyak persaingan dalam kawasan segitiga emas Kuala Lumpur serta platform dalam talian seperti Airbnb

“Ini menyebabkan kadar penginapan yang relatif rendah, iaitu 52% pada 2018 berbanding purata kadar penginapan hotel di Lembah Klang sekitar 74%,” kata Boustead.

Syarikat itu berkata, pengubahsuaian juga diperlukan untuk hartanah yang semakin uzur itu kekal menarik serta berdaya saing.-FMT

Penjualan Hotel Royale Chulan : Adakah Mohd Sabu cuba menipu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker