MKN nafi PKP di Kedah mulai esok

 

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Kedah mulai esok hingga 31 Januari ini seperti yang ditularkan dalam media sosial.

Makluman mengenai berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia, jam 11 malam tadi.

MKN sekali gus meminta orang ramai tidak menularkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker