Pasukan AS sertai misi siasatan nahas pesawat Sriwijaya Air

 

 

JAKARTA: Pasukan penyiasat daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS) tiba di Tanjong Priok, Jakarta, semalam bagi menyertai siasatan nahas pesawat Sriwijaya Air.



Pasukan penyiasat itu terdiri daripada anggota Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (AS), kakitangan General Electric dan Boeing.

NTSB dikatakan mempunyai kepakaran dalam operasi, serta struktur dan sistem kapal terbang Boeing 737-500, lapor agensi berita CNA.

Turut terbabit dalam operasi siasatan ialah Biro Penyiasat Keselamatan Pengangkutan, Singapura

Pasukan itu akan terbabit akan menyertai operasi mencari dan menyelamat yang berpangkalan di Tanjung Priok, di sini, bagi mengesan serpihan pesawat itu.



Sabtu lalu, pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak, membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal, terputus hubungan selepas berlepas pada jam 2.36 petang.

Pesawat tersebut dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.

Pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lalu dipercayai tidak meletup, sebelum terjunam ke dasar laut berdasarkan terdapat serpihan pesawat yang ditemui setakat ini itu berukuran melebihi 23 meter. – AGENSI



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker