5 Makanan Dan Minuman Yang Boleh Mengurangkan Kolesterol

Kolesterol tinggi sering dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular, terutama penyakit jantung dan strok. Mengekalkan cara pemakanan sihat yang dimakan dan bersenam secara teratur dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan juga dapat mencegah kenaikann kadar  kolesterol. Jadi, jom kita lihat apakah makanan dan minuman yang dapat membantu menurunkan kolesterol.

Avocado

via bestfoodfacts.org

Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak adalah cara yang terbaik untuk menurunkan kolesterol dan dapat menjaga kesihatan jantung.

Avocado sangat baik kerana padat dengan nutrien dan kaya dengan serat dan lemak baik. Lemak baik dan serat adalah dua nutrien yang dapat membantu menurunkan LDL buruk dan meningkatkan LDL yang baik. Kajian klinikal menunjukkan avocado dapat menurunkan kadar kolesterol.



Beberapa makanan lain yang mengandungi lemak baik juga adalah seperti minyak sayuran atau minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak jagung dan minyak rapeseed b. Avocado.

Kacang Dan Bijian

via himedik.com

Kacang dan bijian juga adalah termasuk dalam makanan yng mempunyai lemak yang baik dan rendah lemak tepu serta dapat menjaga tahap kolesterol dalam keadaan yang terkawal. Kacang mengandungi serat yang dapat membantu menyekat sebahagian kolesterol agar tidak diserap ke dalam aliran darah  dari usus. Bukan hanya itu, ia juga mengandungi protein, vitamin E, magnesium, kalium dan nutrien yang terbukti dapat membantu mengekalkan tubuh yang lebih sihat.

Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran

via sehatfresh.com

Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan beberapa jenis barah. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi vitamin, mineral dan bahan kimia tumbuhan yang membantu untuk kekal sihat dan dapat mencegah penyakit.

Di samping itu, buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi sangat sedikit atau tanpa lemak dan sangat rendah kalori sehingga ianya juga dapat membantu untuk mengekalkan berat badan. Makanan ini sangat tinggi serat yang membantu untuk mengurangkan kadar kolesterol.



Oat Dan Barli

via hk3.com.my

Oat dan barli adalah antara bijian yang sangat kaya dengan serat yang disebut beta glukan-3g yang dapat membantu untuk mengurangkan kadar kolesterol. Semasa pengambilan beta glukan, ia akan membentuk gel yang mengikat asid hempedu yang kaya dengan kolesterol dalam usus yang dapat membantu membatasi jumlah kolesterol yang diserap dari usus ke dalam darah.

Coklat Gelap Atau Koko

via tokomesin.com

Koko adalah bahan utama coklat gelap. Satu kajian mendapati bahawa coklat gelap atau minuman koko dapat menurunkan kolesterol LDL buruk. Satu kajian telah dilakukan pada orang dewasa yang sihat yang meminum koko sebanyak dua kali sehari selama sebulan dan mereka telah mengalami penurunan kolesterol LDL buruk sebanyak 0.17 mmol atau 6.5 mg. Malahan tekanan darah juga menurun dan kadar kolesterol LDL baik meningkat.

Coklat gelap atau koko juga dapat menlindungi kolesterol LDL buruk dalam darah dari pengoksidaan, iaitu penyebab utama penyakit jantung. Walau bagaimanapun, coklat mengandungi kandungan gula yang juga dapat memberi kesan negatif kepada kesihatan jantung. Jadi, adalah lebih baik anda hanya menggunakan coklat gelap dengan kadar kandungan koko 75-85 peratus atau lebih tinggi.

Teh Hijau

via doktersehat.com

Teh hijau mengandungi banyak sebatian yang boleh meningkatkan kesihatan jantung. Dua sebatian utama dalam teh hijau yang bermanfaat termasuklah Catechins yang dapat membantu mengaktifkan nitrik oksida, penting untuk untuk tekanan darah yang sihat. Bahan ini juga dapat menghalang sintesis, penyerapan kolesterol dan dapat membantu mencegah masalah dalam darah. Quercetin pula dapat meningkatkan fungsi saluran darah dan dapat mengurangkan keradangan-Murai.my



Cara Menurunkan Kolesterol Dalam Darah (Tanpa Makan Ubat)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker