Gesa Presiden UMNO Berundur, Saya Rela Berkorban Jika Diambil Tindakan

 

Ketua Pemuda Umno Pontian, Helmi Buang mempertahankan pendiriannya supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berehat secara terhormat meskipun berdepan tindakan parti.

Jelasnya, apa yang disuarakannya adalah pandangan peribadi mahu melihat parti itu kembali meraih kepercayaan rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya reda, terpulang kepada pucuk pimpinan parti jika nak hukum saya.

“Saya pejuang Umno, bukan pejuang individu. Kita nak yakinkan rakyat, jika undi 18 dilaksanakan, Umno akan dilihat lemah dan mereka (pengundi muda) beralih kepada parti lain.

“Saya pertahankan pendirian (supaya presiden berehat) saya dan tak akan berpatah balik,”

Mohd Helmi Buang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian

 

Umno Pontian dipimpin oleh Menteri Besar Johor Hasni Mohamad.

Pemimpinnya kannya terdiri daripada tokoh Umno pusat iaitu Timbalan Ketua Bahagian Ahmad Maslan (setiausaha agung Umno) dan Naib Ketua Bahagian Sumali Reduan (setiausaha kerja Umno).

Menjawab soalan, Helmi bagaimanapun berkata keputusan itu adalah pendirian peribadinya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas pemimpin kanan lain Umno Pontian.

Zahid pada 2018 pernah “bercuti” dan menyerahkan tugasnya, termasuk termasuk jawatan pengerusi BN, kepada timbalannya Mohamad Hasan.

Ia susulan tindakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti serta kritikan bahawa Umno tiada hala tuju di bawah pimpinannya.

Selepas setahun, Zahid bagaimanapun kembali memegang jawatan itu.

Dalam pada itu, Helmi berkata dia meminta Ahmad Zahid berehat secara terhormat demi kepentingan parti.

Ia selepas melihat masih wujud “kluster” ataupun kelompok tertentu dalam Umno yang cuba menjadi pencatur kuasa.

“Penyusunan semula parti tidak relevan, masih lagi ada kluster atau worlod (pemimpin berpengaruh) dalam Umno yang bertanding untuk tentukan siapa berkuasa.

“Oleh itu presiden parti perlu berehat secara terhormat,” katanya lagi.

Helmi berkata, saranannya ini tidak mempunyai kaitan dengan kes mahkamah dihadapi Ahmad Zahid selain mengakui presiden Umno itu bekerja untuk rakyat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker