[VIDEO] Tidur Laaa Wahai..Lelaki Ini Lena Habis Tidur Atas Tilam Terapung Di Kawasan Banjir Buat Ramai Terhibur

Tidur yang tidak cukup boleh menjejaskan tubuh badan dan menjadikan seseorang berasa letih dan lesu

Orang dewasa digalakkan untuk tidur selama 8 jam atau lebih setiap malam untuk merangsang kesihatan tubuh badan yang baik.

Namun, sesetengah orang masih memaksa badan untuk melakukan kerja walaupun tahu mereka berada dalam keadaan letih dan mengantuk.



Lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila tular videonya yang sedang lena tidur atas tilam di kawasan banjir.

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via AIA



Lena tidur atas tilam walaupun sedang dihanyutkan air banjir

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki tersebut sedang lena tidur di atas sebuah tilam sambil memeluk bantal di kawasan banjir dalam keadaan hujan.

Apa yang lebih melucukan, dia dilihat begitu lena sekali berbaring di atas tilam tersebut seperti tidak menyedari yang dia berada di kawasan banjir.



Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi lelaki berkenaan yang dengan selamba tidur di kawasan banjir tersebut tanpa menghiraukan sesiapa.



Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 346.6K views, 19.1K retweets dan 20.1K likes.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker