PH bincang pakatan dengan Mahathir dan Shafie


Pakatan Harapan (PH) mengharapkan isu darurat dapat menjadi satu daya untuk membaiki hubungan yang retak dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekali gus membentuk “pakatan besar pembangkang” atau PH++ yang menggabungkan semua parti pembangkang.

Selain itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sedia membuka hati untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Sinchew Daily melaporkan, mesyuarat PH pada Selasa telah berbincang mengenai pakatan besar pembangkang PH++ dan Anwar tidak menolak cadangan itu.

“Kami ada bercakap tentang pakatan besar ini dan Anwar tidak menolak. Ia boleh dibincangkan, tetapi kami perlu elak saling menyerang terlebih dahulu.

“PKR minta Dr. Mahathir dan Shafie supaya jangan asyik menyerang Anwar, manakala parti-parti PH mahu Anwar meminta anak buahnya tidak menyerang Dr. Mahathir,” kata pemimpin PH itu.

Menurutnya, PH berharap isu pengumuman darurat akan menyediakan satu kesempatan untuk membaiki hubungan parti-parti pembangkang yang retak

Difahamkan, PH telah mengadakan mesyuarat Majlis Presiden yang pertama pada 2021.

Mesyuarat itu asalnya diadakan lebih awal iaitu pada tahun lalu tetapi ditundakan, dikatakan kerana Anwar “tidak syok” dengan satu kenyataan daripada DAP dan Amanah yang dipimpin Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Menurut Sinchew Daily, walaupun pakatan besar pembangkang dibentuk, Anwar akan kekal sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang.

Mesyuarat PH juga tidak memberi terlalu banyak masa untuk membincang perkara mengenai pakatan pembangkang, tetapi memfokus kepada isu darurat. MG

Mahathir dakwa Guan Eng yang namakan Shafie sebagai calon PM tetapi buat U-turn akhirnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker