Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Lokman Adam

Ini ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuannya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh peguam negara untuk memulakan prosiding komital terhadapnya.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat, menyampaikan keputusan sebulat suara itu semasa pendengaran dalam talian rayuan berkenaan menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Lokman mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 13 Mei tahun lalu, yang menolak permohonannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan kebenaran kepada peguam negara untuk memulakan prosiding komital terhadapnya.

Prosiding menghina mahkamah itu berhubung tuduhan melakukan ugutan terhadap Amhari Efendi Nazaruddin, saksi utama dalam perbicaraan rasuah bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion.

Amhari Efendi pernah menjadi pegawai khas kepada bekas perdana menteri itu.

Dengan keputusan hari ini, pendengaran merit permohonan menghina mahkamah ke atas Lokman dijadual untuk diteruskan di Mahkamah Tinggi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker