UMNO Junjung Titah Agong Laksana Darurat

UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenankan pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos tahun ini.

Tegas Ahmad Zahid, UMNO berharap prinsip hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketelusan dan kedaulatan undang-undang harus dipelihara sepanjang perintah darurat dikuatkuasakan.

“UMNO menjunjung titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan pengisytiharan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan sebagaimana nasihat YAB Perdana Menteri,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan memberi jaminan untuk mengambil berat kepentingan rakyat dan mengotakan janji bagi menyelesaikan isu-isu yang menyentuh kelangsungan hidup rakyat.

Al-Sultan Abdullah hari ini memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif pandemik Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Muhyiddin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu semalam.-SM

Agong boleh tamat kemelut politik dengan 3 pilihan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker