Pagar rumah dengan zink elak Covid-19

Terkini di My KMU !!!!---->

Semarang: Bimbang dirinya dan keluarga dijangkiti Covid-19 mendorong seorang lelaki di Desa Ajibarang Wetan, Jawa Tengah memagar rumahnya menggunakan zink.

Sabar Suharno, 46, bertindak sedemikian selepas menyedari pertambahan kes wabak itu setiap hari sehingga menimbulkan ketakutan kepadanya.

Walaupun dipandang sinis jiran namun ia tidak dipedulikan lelaki itu yang menganggap tindakannya hanya untuk menjaga diri dari dijangkiti wabak.

“Biasanya ada yang menyokong dan mengutuk, namun saya tidak ambil kisah dan hanya berusaha untuk menjaga diri,” katanya seperti dilaporkan portal berita Tribunnews.com.

Sabar berkata, dengan memasang zink sejak dua minggu lalu, ia boleh membataskan pergerakan dan mengurangkan interaksi dengan orang luar.

Tindakannya itu juga terdorong selepas seorang jirannya meninggal dunia kerana dijangkiti Covid-19.

“Saya sering membaca berita mengenai Covid-19 dan menyebabkan saya menjadi takut jika dijangkiti,” katanya.

Bagi memudahkan pemantauan pergerakan di luar rumah, Sabar turut memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Sabar juga tidak akan keluar dari rumahnya dan bergantung kepada penjual barangan harian yang berniaga di kampungnya untuk membeli keperluan.

“Di sini, ramai peniaga datang menjual barang dan saya bergantung kepada mereka kerana tidak mahu keluar dari rumah.

“Selain itu saya meminta anak untuk memesan barangan menggunakan perkhidmatan jualan atas talian,” katanya.

Leave a Reply