Kadir tegur KJ, Ahmad Maslan pecal basi bukan pisang goreng


Tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin tidak setuju Setiausaha Agung Umno berfikiran ‘pisang goreng’ tetapi lebih sesuai kalau dikatakan ‘pecal basi’.

Ini kerana, pisang goreng sangat digemari ramai dan sudah menjadi hidangan ikonik Nusantara manakala pecal basi kalau dimakan sakit perut.

“Kalau Khairy sifatkan pemikiran Ahmad Maslan sebagai pecal basi lain ceritalah. Pecal sangat sedap.

“Tapi kalau basi amat mengecewakan orang yang meminatinya dan boleh menyebabkan cirit-birit,” kata Kadir menerusi tulisan beliau.

Kata Kadir, Ahmad Maslan mahu pilihan raya umum baru diadakan segera tak kira Covid-19 atau tidak.

“Kita kena faham pasal apa otak YB Pontian lulusan Victoria University, Wellington, New Zealand ini jadi macam pecal basi.

“Harapan dia kalau PRU diadakan awal dan Umno/BN menang lepaslah dia daripada tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Mohd Najib Abdul Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Kadir menerusi facebooknya.

Sebelum ini, Khairy berkata, pemikiran Ahmad Maslan yang berkata, salah satu sebab Umno marah kepada Bersatu adalah kerana Umno meneruskan tindakan mengenakan tindakan mahkamah terhadap pemimpin Umno.

“Kalau sebab kita tidak memberikan sokongan adalah kerana kerajaan ini tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah, itu pemikitan level goreng pisanglah.

“Kualiti IQ dialah. Dulu lobak, kini goreng pisang,” kata Khairy dalam sidang medianya ketika menjawab hujjah Ahmad Maslan kenapa Umno marah kepada kerajaan PN.

“Ini saya marah. Mana boleh Khairy Jamaluddin samakan pemikiran Ahmad Maslandengan pisang goreng.

“YB lulusan Oxford sepatutnya tahu bahawa pisang goreng adalah antara hidangan ikonik Nusantara. Di England tempat dia lama belajar pun, pisang goreng adalah “treat” di restoran-restoran Asia.

“Saya rasa elok YB Umno/BN Rembau itu menarik balik tindakan membandingkan standard pemikiran YB Umno/BN Pontian itu dengan pisang goreng,” kata Kadir kepada Khairy.

Bagi Kadir, Ahmad Maslan ini mengaji saja di New Zealand tapi nampaknya dia tak belajar apa-apa yang baik daripada negara itu.

Di New Zealand, menteri dan ahli politik buat salah sikit pun mereka cepat-cepat minta maaf dan letak jawatan.

“Tapi mereka bukan Melayu-Islam macamAhmad Maslan. Mereka kafir,” katanya. MD

Khairy: Kenyataan Ahmad Maslan, Umno tolak PPBM kerana kes mahkamah ‘pemikiran tahap goreng pisang’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker