Ahli Parlimen Umno tarik balik sokongan, apakah langkah Muhyiddin seterusnya?


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya perlu mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya beliau yakin tidak lagi mempunyai majoriti, kata seorang pakar perlembagaan.

“Jika perdana menteri yakin beliau tidak lagi mempunyai (sokongan) majoriti, beliau perlu menawarkan untuk meletak jawatan kepada Agong dan Agong akan mengambil tindakan berikutnya dari situ,” kata Bastian Pius Vendargon.

Semalam, Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub, yang merupakan Ahli Parlimen Machang, menarik sokongannya terhadap Muhyiddin, sekali gus menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpotensi hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Dibimbangi lebih ramai Ahli Parlimen Umno akan mengambil langkah sama.



Vendargon berkata Muhyiddin mesti mengambil kira jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya bagi memastikan sama ada beliau hilang sokongan majoriti.

Di bawah perlembagaan, beliau mesti memaklumkannya kepada Agong dan meletak jawatan atau memberi nasihat supaya Parlimen dibubarkan.

Vendargon berkata Agong mungkin akan meminta mana-mana pihak yang mempunyai sokongan majoriti untuk kerajaan baru, atau menerima nasihat perdana menteri untuk membubarkan Parlimen dan membuka jalan untuk pilihan raya baru diadakan.

Bagaimanapun katanya, Agong juga boleh menolak peletakan jawatan itu berikutan krisis Covid-19 atau melantik kerajaan interim sehingga krisis pulih.



Peguam itu berkata, krisis kesihatan tidak memerlukan keadaan darurat untuk diisytiharkan.

Krisis kesihatan tidak termasuk dalam salah satu kategori di bawah Perkara 150, katanya.

Darurat hanya boleh diisytiharkan sekiranya terdapat keadaan kecemasan yang buruk melibatkan keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam.

“Seseorang boleh berhujah bahawa kerana Covid-19, ekonomi sekarang berada dalam keadaan darurat. Ini adalah satu cara tidak langsung untuk berhujah sedemikian.”



Penarikan sokongan Ahmad Jazlan menyebabkan Muhyiddin kini berbaki 111 sokongan Ahli Parlimen, berbanding 109 Ahli Parlimen di pihak Pakatan Harapan (PH) dan sekutu. Angka itu termasuk Jazlan.

Kerajaan PN memerlukan 112 sokongan untuk meraih majoriti mudah di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi.

Kematian dua Ahli Parlimen menyebabkan kerusi mereka masih kosong.

Jazlan adalah ahli Umno kedua yang mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.



Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak akan menyokong belanjawan persekutuan bulan lalu.

Belanjawan tersebut diluluskan dengan margin tipis. FMT

Cukuplah Muhyiddin ‘ke sana ke sini’ cari sokongan – Nur Jazlan



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker