Raja Arab Saudi terima suntikan vaksin COVID-19

ANKARA: Raja Arab Saudi menerima suntikan vaksin COVID-19, semalam, lapor Agensi Anadolu dengan berdasarkan laporan media negara itu.

Agensi Berita Saudi (SPA) memaparkan dua gambar dan sebuah video pendek dalam Twitter yang menunjukkan seorang profesional penjagaan kesihatan sedang menyuntik vaksin itu pada Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Setakat ini, Arab Saudi melaporkan 363,582 jangkitan dan 6,282 kematian akibat COVID-19.

Sejak Disember 2019, wabak itu telah meragut lebih 1.9 juta nyawa di 191 negara dan rantau seluruh dunia.

Secara global hingga kini, lebih 88.58 juta jangkitan dilaporkan dengan lebih 49.28 juta pesakit berjaya sembuh, menurut perangkaan dikumpulkan Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS). – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker