Najib cadang sesi persekolahan ditangguhkan

Najib cadang sesi persekolahan ditangguhkan
Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas Cuti Tahun Baru Cina. – Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, penangguhan itu perlu diambil kira memandangkan situasi negara yang berdepan dengan keadaan banjir selain kes penularan COVID-19 yang semakin tinggi.

Selain itu, katanya timbul juga ura-ura mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri zon merah.

“Pandangan saya ialah permulaan penggal sekolah 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina memandangkan keadaan banjir belum reda, situasi COVID semakin teruk dan ada ura-ura nak melaksanakan semula PKP ketat di beberapa negeri zon merah.

“Kita boleh ganti hari sekolah yang tertangguh dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (sembilan hari) dan cuti pertengahan tahun (16 hari),” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah seliaan mereka akan dibuka di seluruh negara mengikut takwim 2021, termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Pendidkan, Dr Radzi Jidin berkata, pengoperasian kesemua institusi pendidikan adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker