Covid-19: 2,451 kes positif baharu, 1,401 kes sembuh

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,451 kes positif Covid-19 baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 133,559 kes.

Berdasarkan jumlah harian terbaharu ini, Selangor masih lagi menjadi peneraju kes tertinggi berbanding negeri lain dengan  564 kes diikuti Sabah dengan 409 kes.

“Sebanyak 342 kes (60.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Negeri Sembilan sebanyak 351 kes (14.3 peratus),” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di sini.

Katanya, sebanyak 327 kes daripada jumlah kes baharu iaitu bersamaan 13.3 peratus berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.

Dalam pada itu, Hisham memaklumkan bilangan kes sembuh sebanyak 1,401, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 106,832 kes (80.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan lima kematian hari ini, selain 177 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker