Semoga UMNO terpelihara daripada perpecahan yang dibawa PPBM – Aziz
UMNO Harus Berwaspada Dengan ‘Serangan Balas’ PPBM
1. Desakan akar umbi untuk menolak sebarang bentuk kerjasama politik bersama PPBM telah dizahirkan melalui Mesyuarat Perwakilan UMNO di peringkat bahagian dan ia telah mendapat perhatian daripada semua pihak, bukan sahaja di peringkat pucuk pimpinan UMNO malah termasuk kepimpinan PPBM.
2. Walau bagaimanapun keseluruhan ahli dan kepimpinan UMNO harus segera mengambil langkah untuk berjaga-jaga dengan tindakan PPBM yang dijangka akan terus menggunakan kuasa kerajaan untuk terus memecah-belahkan kesepaduan UMNO.
3. Strategi ‘pecah dan perintah’ ini merupakan senjata utama PPBM untuk terus melaga-lagakan di kalangan kepimpinan UMNO dengan memberi umpan jawatan-jawatan penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada selain Presiden UMNO.
4. Ini sudah tentu bertujuan untuk melemahkan kedudukan Presiden UMNO dan seterusnya menjadi punca kepada pertelagahan UMNO yang lebih dasyat.
5. Saya menyeru kepada seluruh ahli dan kepimpinan UMNO untuk terus bersolidariti bersama Presiden UMNO dan diteguhkan pendirian agar parti UMNO mendapat keadilan yang sewajarnya sebagai parti yang menyumbangkan kerusi terbesar kepada pembentukan kerajaan pada hari ini.
6. Marilah kita berdoa agar UMNO terpelihara daripada perpecahan yang dibawa oleh PPBM dan semoga keadilan dapat dilaksanakan.
Aziz Kaprawi
https://mykmu.net/2017/08/15/ppbm-berlaku-krisis-perpecahan-teruk/