Usul UMNO Untuk Putus Hubungan Dengan Bersatu, PAS Ambil Sikap Tenang, Tunggu dan Lihat

Terkini di My KMU !!!!---->

PAS mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung ketetapan yang diambil Umno untuk memutuskan hubungannya dengan Bersatu.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ini kerana perkara itu masih lagi belum menjadi keputusan muktamad dan hanya akan diputuskan pada perhimpunan agung Umno, pada 31 Jan ini.

“Oleh kerana usul ini akan dibahas dalam perhimpunan agung Umno (PAU) nanti, PAS berpendirian untuk tunggu dan lihat sejauh mana usul ini akan diterima atau ditolak oleh perwakilan,”

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PAS apabila Umno mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungannya dengan Bersatu.

Dia bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan pertimbangan parti itu buat masa ini.

Mesyuarat majlis tertinggi Umno yang dipengerusi presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam perhimpunan agung Umno, yang akan diadakan pada 31 Januari.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, Majlis Tertinggi (MT) mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan oleh 189 daripada 191 bahagian parti.

Kelmarin terdapat laporan yang mengatakan 189 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam mesyuarat bahagian masing-masing.

Bagaimanapun bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa berkata dia mendapat maklumat hanya 99 bahagian yang menolak kerjasama dengan Bersatu.

Leave a Reply