Wanita Ini Terpaksa Selamatkan 14 Ekor ‘Ular Sawa’ Disebabkan Banjir, Tapi Lain Jadinya…😮

Umum mengetahui negara berdepan dengan situasi sukar seperti pandemik Covid-19 ketika ini. Malah, orang ramai juga terpaksa berdepan dengan masalah banjir yang telah menjejaskan pelbagai benda.

Menurut sumber, buat masa ini saja jumlah mangsa banjir di enam negeri meningkat kepada 20,107 terutama di Pahang, Perak dan Kelantan manakala Terengganu dan Johor mencatatkan sedikit penurunan .

Sudah tentu dalam keadaan sukar seperti ini rumahlah yang menjadi mangsa kerana dinaiki air. Pelbagai harta benda yang penting perlu diselamatkan daripada rosak.

Namun, lain pula dengan gambar yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita memilih untuk menyelamatkan ‘ular’ miliknya terlebih dulu daripada benda lain.

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Selamatkan ‘ular sawa kelabu’ dulu daripada harta benda lain

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita telah memuat naik foto mengenai keadaan rumahnya yang telah ditenggelami air disebabkan banjir.

Dia kemudian memilih untuk menyelamatkan ular sawa kelabu itu terlebih dulu daripada harta benda yang lain.

Terpaksa selamatkan semuanya kerana tak mahu penduduk berasa terkejut

Malah, para pengikutnya juga tertanya-tanya apabila dia memuat naik foto tersebut melalui story Facebook yang menunjukkan telah menyelamatkan 14 ekor ular berkenaan.

Walau bagaimanapun, dia menjelaskan ular sawa kelabu tersebut adalah kegunaanya untuk menjaga kebun dan ianya adalah patung mainan semata-mata.

Dia mengambil keputusan untuk menyelamatkan kesemuanya kerana tidak mahu penduduk setempat berasa terkejut apabila melihatnya.

Sementara itu, netizen turut memberikan reaksi terkejut mereka apabila melihat foto tersebut dan ada juga yang memberi pandangan masing-masing mengenai hal berkenaan

Aduhai semua tertipu rupa-rupanya, ingatkan ular sawa betul tadi 😛

SAYS Seismik

Leave a Reply