Annuar Musa dan Kisah Pertembungan Dua Pihak Dalam PAS

Tulisan ini khas untuk kawan-kawan PAS saya yang bertanya hiruk pikuk pendedahan TS Anuar Musa tengahhari tadi.
Apa yang berlaku mengingatkan saya tentang kisah pertembungan 2 kumpulan dalam parti saudara2 pada 2015. Saya ketika itu walaupun cenderung kepada kumpulan ulamak, tetapi masih berharap pemimpin seperti Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefli dipilih di Muktamar.
Tetapi jiwa saya berubah 180 darjah apabila berlakunya satu majlis melibatkan Mat Sabu dan Us Ahmad Awang. Pada 30 Mei 2015, Mat Sabu yang ketika itu masih Timbalan Presiden telah membuat satu pendedahan yang menyerang TGHH
Katanya, TGHH lemah. Tidak mampu tawan Terengganu dan cuma pandai berceramah.
Malahan Mat Sabu juga mendedahkan bahawa TGHH berusaha untuk membawa keluar PAS daripada Pakatan Rakyat – bertentangan dengan keputusan Muktamar 2011 dan 2013.
Pendek kata TGHH khianat kepada parti. Itu naratif yang cuba dibawa.
Marah sungguh saya ketika itu. Bagi saya, strategi politik ini boleh berubah. Siapa yang belajar Fiqh Siasi akan tahu bahawa politik adalah cabang fiqh yang paling fleksibel.
Apa juga keputusan Muktamar atau Perhimpunan Agung boleh dipinda berdasarkan keadaan dan situasi pada ketika itu.
Tetapi sifat amanah, kesetiaan dan kebertanggungjawaban adalah elemen yang tiada kompromi. Orang yang gagal menunjukkan sifat amanah dan kesetiaan kepada ketua tidak layak berada dalam barisan kepimpinan.
Maka kata saya ketika itu pergi jahanamlah mereka semua. Biarlah kalah, biarlah keluar belaka.
Tidak ada guna jasa sebesar gunung, tidak ada nilai pengorbanan seluas lautan dan tidak ada faedah sumbangan setinggi langit jika ia tidak hadir dengan amanah dan kesetiaan.
Maka jika sahabat2 saya mahu menyokong tindakan TS Anuar Musa, silakan. Saya hormat. Mungkin pandangan kita berbeza. Mungkin luka di hati kawan-kawan saya telah sembuh sepenuhnya.
Tetapi sakit saya itu masih ada parutnya. Dan saya tidak akan melukakan hati sahabat saya dengan luka yang pernah saya rasa
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker