Kerusi ‘Selamat’ Parlimen Alor Setar Milik UMNO atau PAS

Sebaran :

Umno dan PAS bersaing untuk bertanding kerusi parlimen Alor Setar pada pilihan raya ke-15, kata laporan.

Menurut Utusan Malaysia, kerusi itu bakal menjadi rebutan Umno dan PAS yang saling menaruh keyakinan mempunyai peluang merampas kawasan tersebut daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 akan datang.

Menurut akhbar itu lagi, Umno bahagian sebelum ini telah membayangkan hasratnya merebut kerusi yang secara tradisinya ditandingi rakan komponen BN, MCA.



Sementara itu, Utusan juga melaporkan PAS menyuarakan niatnya bertanding di Alor Setar, memetik prestasinya pada PRU14.

Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahya dipetik Utusan mengesahkan hasrat parti itu yang mahu bertanding di kerusi itu.

Katanya, ini sekiranya diberi kepercayaan oleh pemimpin tertinggi MN dan PN.


“Umno tidak boleh mendakwa kerusi tersebut menjadi milik parti itu selepas kalah pada PRU14 (kepada PKR) dan begitu juga bagi pihak PAS, sebaliknya dimenangi oleh PH.

“Jadi kawasan berkenaan kini terbuka antara PAS dan Umno untuk bersaing menjadi calon dan terserah kepada pucuk pimpinan memilih parti yang terbaik,” katanya.

Calon PKR Chan Ming Kai menang kerusi Alor Setar dalam pertandingan tiga penjuru menentang PAS dan BN dengan 32,475 undi serta majoriti sebanyak 15,200 undi.

Calon PAS, Muhammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh mendapat 17,275 undi manakala Yoo Wei How daripada BN menduduki tempat ketiga dengan 14,181 undi.

Calon PAS, Muhammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh mendapat 17,275 undi manakala Yoo Wei How daripada BN menduduki tempat ketiga dengan 14,181 undi.


Sebaran :

Leave a Reply