Ketua Bahagian Bersatu Alor Setar umum keluar parti

Seramai 16 daripada 23 ahli jawatankuasa (AJK) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Alor Setar mengumumkan peletakan jawatan masing-masing dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dinyatakan Ketua Bahagiannya, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat yang turut meletak jawatan pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Beliau mendakwa 17 daripada 22 ketua cawangan parti itu daripada Bersatu Bahagian Alor Setar mengambil keputusan yang sama.

Mohamad Nuhairi juga mendakwa lebih 900 ahli parti di Bahagian Alor Setar telah menghantar surat untuk keluar parti setakat malam ini.

“Meskipun ada 3,000 ahli (di Bahagian Alor Setar) tetapi hanya sebahagian sahaja yang aktif… selepas ini, akan ada lagi yang keluar parti.

“Setakat malam ini, yang kami dah terima surat mereka nak keluar parti ini lebih 900 ahli,” katanya. Bernama

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker