Vaksin COVID-19 dah ada, PRU perlu diadakan segera

Datuk Seri Ahmad Maslan Umno division chiefs meeting at Menara Dato Onn in PWTC

PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menyarankan pilihan raya umum ke-15 diadakan secepat mungkin memandangkan vaksin COVID-19 akan diperolehi Malaysia tidak lama lagi.

Katanya, pilihan raya satu-satunya jalan untuk menyelesaikan ketidakstabilan politik yang disebabkan Perikatan Nasional berpaut kepada kuasa yang disifatkannya “majoriti paling tipis di dunia”.

“Untuk menjadi kerajaan, kena ada 112 (kerusi Parlimen) dan kerajaan ini cuma ada 112. Oleh itu, kita mengesyorkan agar diadakan pilihan raya umum secepat mungkin,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pontian.

“Sebab kedua ialah kerana vaksin COVID-19 telah ada dan kita akan divaksinkan pada bulan hadapan.”



Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan parti itu dan Barisan Nasional akan bertanding di semua kerusi yang dimenanginya pada PRU 2018.

“Kerusi itu UMNO punya, UMNO akan tuntut balik kerusi itu,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk.

Tun M, Berhentilah Porak-perandakan Kestabilan Politik Negara – Dr Asyraf



Selepas PRU 2018, 16 Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti itu, menyebabkan ia hanya memiliki 38 kerusi di Dewan Rakyat.

Ahmad berkata, PN tidak boleh menggunakan pandemik COVID-19 sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya kerana kestabilan kerajaan perlu dikembalikan.

“kita harap bukan 111 campur satu lagi, apabila lepas pilihan raya, 111 campur 40 atau campur 50 supaya kerajaan ini stabil.”

Katanya, kestabilan politik penting untuk pengukuhan ekonomi negara.



“Sebelum ini, pelabur yang datang ke Malaysia meletakkan kestabilan politik sebagai sebab utama mereka datang. Sekarang ini, Malaysia tidak ada lagi kestabilan politik sebab mereka (pelabur) keluar dari tempat kita atau mereka tidak singgah langsung pun di Malaysia.”

Perikatan Nasional berkuasa Mac lalu susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selepas Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri.

PHmembentuk kerajaan persekutuan pada 2018, selepas memenangi 121 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat bersama sekutunya di Sabah, Warisan.

Majoriti mudah 112 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan.



Perlu gencatan politik segera!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker