PPBM sifatkan kalangan pemimpin UMNO angkuh, berdrama politik, pemfitnah
Pemimpin dan perwakilan UMNO yang tidak mahu parti itu berkerjasama lagi dengan PPBM adalah angkuh, ghairah bermain drama politik dan melontar fitnah, kata seorang pemimpin PPBM.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Muhammad Faiz Na’aman berkata, parti itu tidak terkejut dengan nada negatif perwakilan UMNO menolak kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Muhammad Faiz Na’aman berkata, parti itu tidak terkejut dengan nada negatif perwakilan UMNO menolak kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang.
“Yang pasti kami telah menghulur tangan perpaduan ummah yang akhirnya berjaya memendekkan kekuasaan DAP dan puak ‘ultra liberal’ di Putrajaya.
“Namun ia dibalas dengan angkuh, fitnah serta ugutan oleh pihak yang telah pun tersungkur diajar rakyat dalam PRU lalu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan beberapa pemimpin UMNO dan hasil mesyuarat perwakilan beberapa UMNO bahagian yang meluluskan usul menolak kerjasama dengan PPBM, malah menarik keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sebarang keputusan rasmi UMNO keluar daripada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin boleh mencetuskan pilihan raya umum.
Faiz berkata, rakyat mampu menilai sendiri sikap pemimpin UMNO terbabit, yang menurut beliau mempamerkan “banyak drama politik” sejak kerajaan PN ditubuhkan awal tahun lalu.
Beliau merujuk kepada polemik akuan bersumpah menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang dikaitkan kepada pemimpin UMNO tertentu dan kegagalan mendaftarkan Muafakat Nasional (MN).
“Rakyat boleh lihat kemunafikan UMNO yang membunuh diri mereka sendiri,” kata Faiz.
Beliau berkata, UMNO kini tinggal dengan hanya beberapa pemimpin yang masih mengutamakan perpaduan Melayu.
“Mujur masih wujud segelintir pemimpin UMNO yang rasional dan mementingkan penyatuan bangsa dari assabiyah kepartian seperti Annuar Musa, Shahidan Kassim dan Ismail Sabri yang makin dihormati di mata masyarakat,” katanya.
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi semalam dilaporkan berkata, setakat ini 143 daripada 191 UMNO bahagian di seluruh negara menolak kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang.
Susulan itu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti akan membincangkan isu penolakan kerjasama politik berkenaan pada mesyuaratnya, Rabu ini-FMT
Ppbm yg fitnah umno dan najib . Sapa munafik??