MB mahu semua pihak bersedia, Selangor berhadapan gelombang baharu Covid-19

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengingatkan supaya semua pihak berkepentingan bersedia dan peka dengan sebarang kemungkinan termasuk gelombang keempat mahupun kelima Covid-19.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu berusaha sehabis baik untuk mengekang penularan Covid-19, susulan pengumuman arahan penutupan 19 sekolah di Selangor bermula semalam berikutan kemunculan kluster pandemik.

Ini termasuk membuat saringan serta memantau kawasan panas di negeri itu.



Malaysia tak diundang ke sidang iklim sebab ketinggalan atau internet tak stabil, soal Najib

“Kita dah buat saringan di kawasan 19 sekolah ditutup itu dan tengok pergerakan pelajarnya kerana di sana banyak kes positif.

“Saringan-saringan ini untuk kita mengesan dan mengasingkan mereka yang positif,” katanya dipetik daripada Bernama.



Tambahnya, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor juga perlu mengatur jadual pembelajaran di 19 sekolah terlibat agar kesemua pelajarnya tidak terpinggir.

“Kita mesti bersiap sedia. Sebelum ini pun pendidikan itu hybrid (di rumah dan di sekolah), saya percaya sekolah kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.”

 

Isytihar darurat cara tidak sah, kini perintah Malaysia secara ‘Diktator’ – Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker