UMNO Johor beri laluan mahu Muhyiddin bertanding Parlimen Pagoh

KOTA TINGGI: UMNO Johor memberi laluan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk terus bertanding di Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum-ke 15 (PRU-15).

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata cadangan itu disampaikan kepada pucuk pimpinan parti baru-baru ini.

“UMNO adalah parti di dalam Perikatan Nasional (PN) dan kita yakin pakatan ini akan terus diterima rakyat.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya diberi laluan untuk kekal bertanding di Pagoh. Pengalaman dan kecekapan beliau dalam mengendalikan negara kita, terutama wabak COVID-19 dan usaha kerja Perdana Menteri wajar diiktiraf.

“UMNO Johor sudah beri gambaran pada pucuk pimpinan. Kita harus beri laluan pada Tan Sri Muhyiddin untuk terus bertanding di Pagoh pada PRU-15,” katanya.

Dr Adham yang juga Menteri Kesihatan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara, hari ini. - Foto BERNAMA

Dr Adham yang juga Menteri Kesihatan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara, hari ini. – Foto BERNAMA

Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Tenggara berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara, di sini, hari ini.

November lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan berkata, parti itu akan bertanding di Parlimen Pagoh, kerusi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada PRU-15.

Tengku Razaleigh dilaporkan berkata, UMNO akan bertanding di semua kerusi tradisinya, termasuk kerusi yang sekarang disandang mereka yang keluar parti.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjadi Ahli Parlimen Pagoh sejak 1978.

Lelaki nyaris maut kereta terbalik, terbakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker