Senarai mangsa terkorban tragedi pikap jatuh feri


Senarai sembilan mangsa yang terkorban selepas kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger dinaiki mereka terjatuh dari sebuah feri di Jalan Beladin Triso di sini, hari ini.

1, Siti Aisha Abdullah, 36 tahun
2, Mohd. Ahmad Mohd. Hamdan, 4 bulan
3. Muhd. Mustaqim Mohd. Hamdan, 5 tahun
4. Mohd. Aiman Mohd. Hamdan, 7 tahun
5. Ronany Ting, 33 tahun (Pemandu)
6. Wallace Phang, 7 tahun
7. Alvin Phang, 12 tahun
8. Khairunnisa Mohammad, 14 tahun
9. Nor Shuhada Mohamad, 16 tahun

Difahamkan siasatan berhubung tragedi itu masih giat dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Sembilan orang, termasuk beberapa kanak-kanak dipercayai lemas di Sungai Batang Lupar selepas pacuan empat roda yang mereka naiki tergelongsor dari feri di Jeti Triso.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi kenyataan berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada 3.14 petang dan menghantar dua pasukan dari balai Simunjan serta Saratok ke tempat kejadian.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker