PH Batal Bina Jambatan Di lokasi 9 Mati Lemas Di Sarawak – Najib

SEBUAH jambatan telah dirancang untuk dibina lokasi sembilan sekeluarga lemas selepas pikap yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti feri Triso, Beladin, semalam.

Datuk Seri Najib ulas tragedi sekeluarga lemas di Sawarak semalam di laman rasmi Faacebook beliau

“Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Ya. Dulu Jambatan Batang Lupar dipersetujui oleh saya agar dibiayai secara perkongsian antara Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) dan Kerajaan Sarawak dengan konsep 50:50.

“Namun pembinaan dibatalkan (bersama beberapa lagi jambatan Sarawak) oleh kerajaan pusat PH bawah Menteri Kewayangan selepas PRU14. Sedih,” kata Najib.

Media melaporkan, semua sembilan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap di dalam kenderaan dikeluarkan oleh orang awam namun semuanya sudah lemas.

Selain di Batang Lupar, PH juga didakwa membatalkan pembinaan jambatan di Rambungan dan Batang Igan.

Sementara itu Najib berkata, ketika dia menjadi perdana menteri visi padang ke Borneo menjadi antara impian beliau.

“Masa saya PM, kita luluskan dan kita siapkan jambatan Batang Samarahan pada tahun 2018, jambatan Batang Sadong pada tahun 2016 dan jambatan Pandaruan yang mengubungkan Sarawak dengan negara Brunei pada tahun 2013.

Selain itu di bawah kepimpinannya, dia memulakan projek mega Pan Borneo Highway yang bebas tol.

“Akhirnya kita berjaya mencapai matlamat Sarawak menjadi negeri bebas tol sepenuhnya pada tahun 2016 apabila kita mansuhkan beberapa tol legasi ketinggalan zaman PM4.

“Tidak benar bahawa saya tak pentingkan Sabah dan Sarawak sebab visi padang ke Borneo memang antara impian saya.
“Sebab itu, saya fokus pada infrastruktur-infrastruktur asas sebelum kita boleh menimbangkan projek-projek lebih maju seperti keretapi laju yang memerlukan kepadatan penduduk yang lebih tinggi,” kata Najib.-SM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker