Masjid Razaleigh Akan Dibuka April ini

Gua Musang: Masjid Razaleigh yang mempunyai sembilan menara menyerupai Masjidil Haram Makkah di Bandar Lama, di sini, akan dibuka April ini bagi menyambut Ramadan.

Bagaimanapun, masjid yang tercanggih dan termoden dinegara ini menelan belanja RM32 juta itu dibuka kepada orang ramai untuk melawatnya pada bila-bila masa.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui masjid baharu itu sepatutnya dibenar untuk solat lima waktu pertengahan tahun lalu lagi.



Katanya, ia ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan Covid-19 yang masih belum reda di seluruh negara.

“Kita nak tegok pandemik Covid-19 itu boleh berakhir atau sebaliknya selepas 31 Mac nanti dan jika tamat bolehlah kita buka masjid ini untuk solat.

“Kalau Covid-19 masih lagi menular, mungkin kita tangguh untuk tujuan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir masjid itu di sini, malam tadi.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hasyim, Adun Nenggiri, Ab Aziz Yusoff dan Adun Paloh, Amran Ariffin.



 

TENGKU Razaleigh (tengah) melawat masjid baharu Bandar Lama Gua Musang yang menyerupai Masjidil Haram Makkah. FOTO Ramli Ibrahim
TENGKU Razaleigh (tengah) melawat masjid baharu Bandar Lama Gua Musang yang menyerupai Masjidil Haram Makkah. FOTO Ramli Ibrahim

 

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berpuas hati dengan pembinaan masjid baharu itu bagi menggantikan masjid lama yang kerap tenggelam banjir setiap musim tengkujuh dan tidak dapat menampung jemaah ramai.

“Masjid baharu ini cukup selesa dan dapat menampung jemaah yang lebih ramai, selain lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik imam, bilal, dewan mesyuarat, kuliah dan bilik jenazah,” katanya.



Beliau berkata, kemudahan paling penting adalah ruang khusus untuk kursus haji dan ummrah bagi semua yang ingin menunaikan ibadah itu setiap tahun-HM

Arab Saudi mula benarkan solat di Masjidil Haram



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker