Mahathir dakwa rakyat guna duit haram jika terima bantuan BKM

Mahathir dakwa rakyat guna duit haram jika terima bantuan BKM

Mahathir Mohamad menyifatkan bayaran RM2.1 bilion kepada rakyat di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang dipercepatkan daripada Disember kepada 15 November ini haram diterima rakyat.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, pembayaran yang diawalkan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin hanyalah untuk mendapat pengaruh dan undi rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November ini.



Menurutnya, Naib Presiden UMNO itu ketika ini hanyalah Perdana Menteri sementara setelah Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu yang tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perbelanjaan dalam jumlah yang besar tanpa usul diluluskan di Parlimen.

“Bila tak ada Parlimen, dia tak boleh buat apa-apa usul, tak boleh belanja wang yang banyak kerana semua perbelanjaan, semua usul mesti dilulus dalam Parlimen, barulah dia (perbuatan) jadi halal.

“Tapi dia (Ismail) tak boleh nak tunggu, dia nak pengaruh, nak dapat undi dia ambil duit kerajaan sebanyak RM2.1bilion dan nak bagi pada semua orang (penerima).

“Ya lah tuan-tuan puan-puan mungkin terima jugalah tapi duit itu tak sah, tak halal kerana itu curi, curi duit kerajaan,” katanya yang juga adalah Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA).



Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan penyokongnya pada Program Himpunan Pejuang Melaka di Ibu Pejabat Pejuang Melaka, di Taman Cempaka, Peringgit di sini malam tadi.

Hadir sama, semua calon yang bertanding di lima daripada enam kerusi Parlimen di Melaka iaitu Handrawirawan Abu Bakar bagi Parlimen Masjid Tanah, Muhammad Nazriq Abdul Rahman (Alor Gajah), Ghazali Abu (Tangga Batu), Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (Hang Tuah Jaya) dan Datuk Mohd Daud Nasir bagi kerusi Parlimen Jasin.

Khamis lalu, Ismail mengumumkan keputusan mempercepatkan bayaran BKM daripada Disember ini kepada November ini bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini.

BKM Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).



Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.

Bagi BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. MG

Nota : Biar rakyat nilai dengan dakwaan Mahathir ini.

Mahathir dakwa rakyat guna duit haram jika terima bantuan BKM




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]



Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker