Berita gembira buat Paner sekeluarga selepas JBA lupus kira tunggakan bil air

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) bersetuju untuk melupus kira tunggakan bil air flat yang bakal didiami oleh keluarga Paner Selvam Subramaniam.

Ia sekali lagi memperlihatkan sikap pemurah rakyat dan agensi kerajaan dalam membantu keluarga pengawal keselamatan itu selepas kesukaran hidup mereka tinggal dalam sebuah bilik kecil sejak dua tahun lepas mendapat perhatian orang ramai.

CEO PBA, Jaseni Maidinsa, berkata perbadanan memutuskan untuk melupus kira tunggakan bil sebanyak RM426.66 yang terakru oleh penghuni sebelum ini.



Semalam Paner diberitahu bahawa beliau perlu membayar bil itu sebelum dibenarkan berpindah ke flat tersebut.

Jaseni berkata, pegawainya diarahkan memasang meter air baharu dengan segera bagi membantu keluarga itu berpindah ke flat sewaan milik kerajaan itu.

Paner bersama isteri dan tiga anak mereka sebelum ini tinggal di sebuah rumah kluster 30 bilik di Jalan Utama selama dua tahun.

Mereka tinggal dalam sebuah bilik kecil bersaiz katil berkembar dan baru-baru ini terpaksa menjalani kuarantin selepas seorang penghuni rumah kluster itu disahkan positif COVID-19.



Kesempitan hidup Paner sekeluarga mendapat perhatian NGO dan kerajaan Pulau Pinang, yang selepas itu menawarkan satu unit flat sewaan di Rifle Range di Air Itam kepada mereka.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker