Amanah sifatkan hasrat Pas tawan Selangor angan-angan Mat Jenin

AMANAH Selangor menyifatkan hasrat Pas untuk menawan negeri itu sebagai angan-angat Mat Jenin.

Ini kerana Pas dan Muafakat Nasional hanya mempunyai 6 daripada 56 kerusi sahaja di dalam Dewan Negeri Selangor.

Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, selain itu, Pas juga berhadapan dengan tekanan politik daripada Perikatan Nasional yang diterajui PPBM untuk menawan negeri itu.

Beliau turut mencabar agar Pas untuk menamakan seorang calon yang boleh diangkat sebagai menteri besar sekiranya berjaya menawan Selangor.

“Saya menganggap bahawa kenyataan tersebut merupakan suatu yang bersifat angan-angan Mat Jenin dan melihatkan bahawa PAS dan Muafakat Nasional (‘MN’) hanya mempunyai 6 daripada 56 kerusi sahaja di dalam Dewan Negeri Selangor selain berhadapan dengan tekanan politik daripada Perikatan Nasional yang diterajui Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

“Saya turut ingin mencabar PAS, MN dan Perikatan Nasional (‘PN’) supaya menamakan calon Menteri Besar Selangor dalam PRU15 akan datang sebagai menunjukkan kesungguhan dan kesepakatan gabungan politik MN serta PN di Selangor,” kata Wan Anwar.

Menurutnya, kemenangan lebih besar Pakatan Harapan di Selangor pada PRU14 yang lalu adalah hasil daripada kesepaduan utuh parti-parti komponen PH dan kempen tolak perkauman dan anti radikal agama sempit yang jelas diterima oleh rakyat Selangor.

Beliau mendakwa, sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan di Negeri Selangor semakin meningkat berikutan keberkesanan Kerajaan Negeri pimpinan PH menyelesaikan isu-isu domestik termasuk isu bekalan air dan perobohan kilang haram.

“PAS sendiri harus menginsafi bahawa rakyat Selangor jelas kecewa apabila mereka telah membelakangkan Pakatan Rakyat (‘PR’) dan menjadi punca perpecahan PR.

“Rentetan daripada itu, rakyat Selangor telah menzahirkan tindakan dengan menghukum PAS dalam PRU14 sehingga mereka hanya mampu mempertahankan kerusi DN Sijangkang sahaja selain beberapa kawasan telah kehilangan wang pertaruhan,” kata Wan Anwar.

Justeru beliau menasihatkan PAS daripada sibuk mengganggu kestabilan Kerajaan Negeri Selangor parti itu sepatutnya memberikan tumpuan terhadap isu berkaitan Islam yang masih belum terjawab.

Antaranya termasuk penganjuran ratu cantik, RUU355, kes Allahyarham Adib, majlis perkahwinan di kuil, kartel daging haram dan pertambahan cabutan khas nombor 4 digit. SM

https://mykmu.net/2017/03/22/ada-tok-lebai-nak-tawan-selangor-kata-azmin/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker